10 November 2010 - 20:30

Jemaah Guru-Guru Hawzah Ilmiyah Qom dalam sebuah surat kepada Doktor Ahmad Tayyib pemimpin Universiti al-Azhar Mesir memaklumkan, "Musuh Islam memandang kewujudan jalan buntu dan berbagai kelemahan di dalamnya untuk memasukkan konspirasi licik di tengah umat Islam dan berusaha menggunakan segenap segi jalan material yang efektif dari segenap peluang untuk merosakkan gagasannya".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Jemaah Guru-Guru Hawzah Ilmiyah Qom dalam satu surat kepada Doktor Ahmad Tayyib pemimpin Universiti al-Azhar menekankan permasalahan dan ancaman terhadap umat Islam seabad lalu dan perkembangan sensitiviti umat Islam, sebagai:"Penjajahan dan orang asing mengerti jika umat Islam kembali kepada fondasi mereka iaitu akal dan amal, nilai-nilai agama mereka diperbaharui, maka pemerintahan dunia akan jatuh ke tangan mereka".

Ayatullah Muhammad Yazdi, pengerusi Mesyuarat tertinggi Jemaah Guru-Guru Hawzah Ilmiyah Qom telah menandatangani surat tersebut yang menyebut, "Musuh Islam melihat wujudnya jalan buntu dan berbagai kelemahan di dalam agama ini sebagai peluang untuk memasukkan konspirasi licik di tengah umat Islam dan berusaha menggunakan segenap segi jalan material yang efektif untuk merosakkan gagasannya".

Dalam bahagian lain surat ini turut dinyatakan Jemaah Guru-Guru Hawzah Ilmiyah Qom menyatakan, "Dari sudut yang lain kumpulan-kumpulan dan individu-individu Islam yang mempunyai hubungan baik boleh menyebabkan musuh mendapat kerugian. Mereka akan cuba sedaya upaya memusnahkan hubungan baik ini namun markaz-markaz Islam, pemimpin mazhab dan seluruh ulama hendaklah berusaha untuk memadam fitnah ini".

"Jemaah Guru-Guru Hawzah Ilmiyah Qom termasuk sepuluh marji' dan mujtahid selaku organisasi terkemuka, dengan ini menyatakan terima kasih atas pendirian berharga anda terhadap perpaduan dan sambutan terbuka atas fatwa penting marji' Ayatullah Sayed Ali Khamenei yang tegas mengharamkan penghinaan kepada sahabat dan isteri nabi. Daripada Tuhan kita memohon taufiqNya".

Sambil menyatakan kemungkinan fitnah besar dalam dunia Islam akan bertambah dan kebijaksanaan langkah Pemimpin Republik Islam Iran menghadapinya dinyatakan: "Ulama besar Islam bersama keluhuran garisan matlamat para nabi sedang berusaha menyelamatkan umat Islam dari fitnah dan memberi pedoman ke arah kesederhanaan".

Jemaah guru-guru Hawzah ilmiyah Qom di akhir surat tersebut menyatakan pelawaan kepada Universiti al-Azhar supaya diperluaskan lagi hubungan mereka dengan markaz-markaz agama Islam yang lain.

Surat ini menyatakan lagi, "Pembentukan kerjasama eksklusif untuk mewujudkan hubungan ilmiyah antara cendiakawan dan ulama Hawzah Qom dan universiti al-Azhar boleh dijadikan garis pertahanan umat Islam. Begitu juga pembentukan mesyuarat ilmu di mana ia membantu kecemerlangan berfikir".